Monday 29 April 2013

APAKAH GUM ARABIC?


APAKAH GUM ARABIC @ ACACIA GUM?


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO





Apakah pula al-Manna @ Acacia Gum? Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud Getah Arab atau bahasa Inggerisnya Gum Arabic@ Acacia Gum. Ia dikatakan menjadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat.


Dalam Tafsir Ibnu Kathir, Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya.


Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa (kurma) dari syurga dan ia ubat dari syurga (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.

READ MORE0 COMMENTS


APR 16
KELEBIHAN GUM ARABIC@ ACACIA GUM


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO





Gum Arabic @ Acacia Gum atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya.


Gum Arabic @ Acacia Gum juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal sakit gout, sembelit, buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.

READ MORE0 COMMENTS


APR 16
PERHATIAN PENTING


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO





Perhatian: Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor sahaja. Jangan minum susu dan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien dalam kadar yang disyorkan oleh doktor dan jangan makan makanan berprotien, tinggi kecuali atas syor oleh doktor, kerana sebahagian pengguna gum arabic tidak berkesan atau kurang berkesan apabila minum susu dan tidak mengawal pengambilan protien. Sekiranya ia berkesan bagi anda walaupun anda minum susu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda boleh teruskan. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik). Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, kecuali atas nasihat doktor.


Pesakit yang mula menghadapi masalah buah pinggang, berhenti makan ubat-ubat tradisional, kopi perangsang tenaga, kopi segera dan makanan kesihatan lain yang akan memberi kesan sampingan yang buruk untuk buah pinggang anda dan mempercepatkan kerosakannya kecuali setelah dapatkan nasihat doktor. Pesakit buah pinggang hendaklah mengawal pengambilan pengambilan cecair jika ada tanda-tanda lebihan air dalam badan, seperti, bengkak muka dan kaki. Pesakit yang masalah usus tersumbat, seperti tali usus terbelit, sehingga tidak dapat membuang air besar, elakkan makan gum arabic kerana ia amat merbahaya. Bagi pesakit jantung, dapatkan nasihat doktor dan makan gum Arabic di bawah perhatian doktor, walaupun adakah pengkaji yang mendakwa ia bermanfaat untuk pesakit jantung, lebih baik mengambil langkah berhati-hati.

READ MORE0 COMMENTS


APR 16
CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC@ ACACIA GUM


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO






CARA PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA@ ACACIA GUM

MASA MAKAN:
1. Waktu pagi semasa perut masih kosong. Jika mahu berpuasa, ambil waktu sahur. 2. Waktu malam sebelum tidur.

CARA BANCUHAN:
1). 2 sudu makan (=25 gram) dibancuh dengan segelas (250ml atu lebih) air biasa (bukan air panas atau disejukkan dalam peti ais)
2). Jika anda mahu hadkan meminum air kepada 500 ml sahaja sehari, bancuh 25 gram gum arabic dengan 100 ml sehingga 150 ml air sahaja, jika anda sembelit dengan bancuhan yang pekat ini, air perlu ditingkatkan lagi, jika tidak dapat, kurangkan pengambilan kepada 1 sudu makan sahaja. Gum Arabic tidak menyebabkan masalah sembelit, malah ia dapat mengubati masalah sembelit, sembelit disebabkan oleh air dalam badan anda tidak mencukupi untuk melawaskan pembuangan air besar. Makan lebih sayuran dan buah-buahan yang sesuai dengan kesihatan anda.

CARA MEMBANCUH GUM ARABIC:
i)- Ambil shaker atau botol air yang kering, masukkan gum arabic, kemudian masukkan air goncang hingga larut, jika sukar larut, biarkan ia terendam dalam air 30-60 minit barulah goncang semula
ii)- Bagi gum arabic ketulan; Untuk minum waktu pagi, rendam ketulan gum arabic dalam air pada waktu malam, waktu pagi barulah kacau sehingga larut. Untuk minum waktu malam pula, rendam dalam air pada waktu pagi, waktu malam barulah kacau sehingga larut dan diminum.

Minum 2 Sudu Penuh Sudu Makan (=25g) dibancuh dengan 250 ml air. Jika Doktor menasihatkan supaya pengambilan air dikurangkan, bancuh dengan 75-150 ml air sahaja. Bagi semua penyakit termasuk pesakit buah pinggang, semasa minum air bancuhan Gum Arabic, makan juga 1 sudu teh Habbatus Sauda' atau 1-3 biji kapsul Habbatus Sauda' (kecuali Doktor melarangnya), kerana Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan banyak penyakit seperti disebut di dalam Hadis Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam. Gabungan kebaikan Habbatus Sauda' dan al-Manna atau Gum Arabic ini, Insya' Allah, dapat memulih dan memelihara kesihatan kita supaya kita dapat beribadat dengan lebih tekun dan selesa.

READ MORE0 COMMENTS


APR 16
CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC@ ACACIA GUM


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO





CADANGAN PENGGUNAAN GUM ARABIC @ AL-MANNA@ ACACIA GUM
Cadangan penggunaan:

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. Bagi gout, boleh rebus pokok pandan, iaitu daun serta akarnya sekali, kemudian biarkan sejuk, ambil segelas air rebusan yang telah sejuk tadi dan dibancuh dengan gum arabic.

5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).

6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.
9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.
10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan.

13. Gum Arabic merupakan makanan tambahan yang baik untuk bermacam-macam penyakit, anda boleh mencuba bagi penyakit-penyakit lain. Dapatkan nasihat doktor jika anda menghidap penyakit kronik.

14. Seorang pakar perubatan herba cina memberitahu saya; cara yang paling berkesan untuk rawatan penyakit buah pinggang dengan gum arabic adalah dengan cara berikut:

i. Rendam roselle kering 2 hingga 3 gram (atau lebih kurang 7 hiris, jika ada gastrik gunakan 3 hiris sahaja, tetapi jika sakit gastrik berulang, berhenti minum rosalle) dalam air panas, kemudian biarkan sejuk.
ii. Setelah sejuk, air rendaman roselle diambil setelah dibuang rosalle yang telah direndam tadi, kemudian dibancuh air tersebut dengan 2 sudu gum arabic.
iii. Dicampur ½ sudu teh molasses (jika ada sakit kencing manis, molasses tidak perlu dimasukkan atau masukkan ¼ sudu teh)

* Molasses adalah gula merah yang kehitaman, ia boleh didapati di kedai yang menjual barangan organik. Perhatian: Pesakit tekanan darah rendah & pesakit gastrik tidak boleh minum roselle.
** Jangan makan roselle, minum air rendamannya sahaja.
*** Tiada laporan kesan sampingan walaupun Gum Arabic dimakan dengan banyak. Jika ada tanda-tanda anda tidak sesuai minum Gum Arabic@ Acacia Gum, seperti sakit pinggang yang kuat dan lain-lain, berhenti minum Gum Arabic@ Acacia Gum.

*SELEPAS BUKA BUNGKUSAN, SILA SIMPAN DI DALAM BEKAS YANG KERING DAN BERTUTUP RAPAT* *Jika anda ada masalah kesihatan untuk makan Gum Arabic, dapatkan nasihat doktor anda. *Pengambilan Gum Arabic menyebabkan mudah buang air besar dan pembuangan angin pada peringkat awal pengambilannya.

READ MORE0 COMMENTS





APR 16
MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA@ ACACIA GUM


POSTED BY: ADMIN IN PRODUCTION, IMPORTANT INFO





MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA@ ACACIA GUM

Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Ia juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di anatara dapatan kajian mengenai Gum Arabic adalah:-

1. The US Food and Drug Administration (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik, bakteria baik yang bertanggung jawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9. Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. Saya secara peribadi bependapat bahawa keberkesanannya berbeza bagi sebahagian orang.

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Saya suka menginggatkan pengguna bahawa keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. Saya berpendapat, anda harus mencuba untuk melihat keberkesanannya kepada anda, janggan hanya percaya kepada dakwaan, kerana keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah.

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon. Sila Rujuk: 1. http://www.raysahelian.com/acaciagum.html 2.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17999333 3. http://www.kidneyfailureweb.com/treatment/283.html 4.
http://www.nutritionj.com/content/11/1/111 5. http://www.futuremedicine.com/doi/pdf/10.2217/14750708.3.2.183 6. http://sudanow.info/new/uncategorized/scientists-reveal-new-uses-for-gum-arabic/ 7. http://jac.oxfordjournals.org/content/54/2/577.full 8.
http://www.emaratyah.ae/showthread.php?t=315795 9.
http://forum.maas1.net/m118396.html 10.
http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=1adb4958780d0e8e 11.
http://www.alnilin.com/news-action-show-id-30315.htm 12.
http://www.sudaneseonline.com/cgi-bin/sdb/2bb.cgi?seq=msg&board=430&msg=1364756070 13. http://www.albayan.ae/five-senses/2000-01-19-1.1034500 14.
http://www.albayan.ae/five-senses/2000-03-26-1.1035406 15. http://www.healthline.com/natstandardcontent/acacia 16.
http://www.organicarabicgum.com/

Senarai Rujukan 


1 . Schott H, Martin AN. Colloidal and surface – chemical aspects of dosage forms. In: Sprowl’s American Pharmacy An introduction to pharmaceutical techniques and dosage forms. Dettert LW (Ed), JB Lippincott Company, PA, USA ,103–147 (1974). 


2 . US Food and Drug Administration. GRAS (generally recommended as safe) food ingredient gum arabic. US Department of commerce, Washington, DC, USA, NT/Sno PB 223–614 (1972). 


3 . Philips GO. Acacia gum (gum arabic): a nutritional fiber metabolism and caloric value. Food Addit. Contam.15, 251–264 (1998). [CrossRef] [Medline]


4 . Bates TR. Liquid dosage forms containing insoluble matter. In: Prescription Pharmacy. Dosage formulation and Pharmaceutical Adjuncts 2nd ed., Sprowls Jr (Ed), JB Lippincott Company, PA, USA 201–207 (1970). 


5 . Wyatt GM, Bayliss CE, Holcroft JD. A change in human fecal flora in response to inclusion of gum arabic in the diet. Br. J. Nutr.55(2), 261–266 (1986). [CrossRef] [Medline] [CAS]


6 . Harley LJ, Davis IR, Livesey G. Degestible energy value of gums in rats – data on gum arabic. Food Addit. Contam.6(91), 13–20 (1989). [CrossRef] [Medline] [CAS]


7 . Ross AH, Eastwood MA, Brydon WG, Anderson GR, Anderson DM. A study of the effects of dietary gumarabic in humans. Am. J. Clin. Nutr.37(3), 368–375 (1983). [Medline] [CAS]


8 . Anderson DM, Ashby P, Busuttil A, Eastwood MA et al. Subchronic effect of gum arabic (acacia) in rats.Toxicol. Lett.14(3–4), 221–227 (1982). [CrossRef] [Medline] [CAS]


9 . Collins TF, Welsh JJ, Black TN, Graham SL, Brown LH. Study of the teratogenic potential of gum arabic.Food Chem. Toxicol.25(11), 815–821 (1987). [CrossRef] [Medline] [CAS]


10 . Melnick RL, Huff J, Haesman JK et al. Chronic effects of agargum, gum arabic, locust bean gum or taragum in F344 rats and B6C3F1 mice. Food Chem. Toxicol.21(3), 305–311 (1983). [CrossRef] [Medline] [CAS]


11 . National Toxicology Programme. Carcinogenesis bioassay of gum arabic (CAS no.9000–01–5) in F344 rats and B6C3F1 mice (feed study). Natl Toxicol. Program Tech. Rep. Ser.227, 1–124 (1982). [Medline]


12 . Al-Majid AA, Mostafa AM, Al-Rikabi AC, Al-shabanah OA. Protective effects of oral arabic gumadministration on gentamicin-induced nephrotoxicity in rats. Pharmacol. Res.4695, 445–451 (2002).[CrossRef]


13 . Ali BH, Al-Qarawi AA, Haroun EM, Mousa HM. The effect of treatment of gum arabic on gentamicin nephrotoxicity in rats preliminary study. Ren. Fail.25(1), 15–20 (2003). [CrossRef] [Medline] [CAS]


14 . Gamal el-din, Mostafa AM, Al-ShabanahOA, Al-Bakairi AM, Naji MN. Protective effect of arabic gum against acetaminophen-induced hepatotoxicity in mice. Pharmacol. Res.48(6), 631–635 (2003). [CrossRef] [Medline]


15 . Ali BH. Does gum Arabic have an anti-oxidant action on rat kidney? Ren. Fail.26(1), 1–3 (2004).[CrossRef] [Medline] [CAS]


16 . Abd-Allah AR, Al-Majed AA, Mostafa AM et al. Protective effect of arabic gum against cardiotoxicity induce by doxirubicin in mice: a possible mechanism of protection. J. Biochem. Mol. Toxicol.16(5), 254–259 (2002). [CrossRef] [Medline] [CAS]


17 . Anderson DM. Evidence for the safety of gum arabic (acacia senegal(L) Wild.) as a food additive – a brief review. Food Addit. Contam.3(3), 225–230 (1986). [CrossRef] [Medline] [CAS]


No comments:

Post a Comment

Jumlah Pelawat

Total Pageviews