AL-MANNA@ ACACIA GUM
Apakah itu al-Manna? di dalam tafsir Ibnu Kathir dicatakan pandangan Ibnu Abbas Radiallahuanhu, menurut satu pandangan Ibnu AbbasRadiallahuanhu al-Manna adalah getah yang keluar dari pokok, dan menurut Mujahid, iaitu seorang Ulamak Tafsir al-Quran yang berguru dengan Saidina Ali Radiallahuanhu dan kemudiannya dengan Ibnu AbbasRadiallahuanhuma, mengatakan bahawa al-Manna yang diturunkan kepada Kaum Bani Israil semasa mereka sesat bersama Nabi Musa a.s. adalah "as-Samghu". As-Samghu adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud getah yang keluar dari pokok. Al-Manna jadi makanan yang berkhasiat bagi kaum Bani Israil, ia ditumbuk untuk dijadikan roti dan dicampur dalam minuman untuk menjadikan air minuman tersebut segar dan berkhasiat. Sebahagian pengkaji meyakini bahawa getah yang keluar dari pokok tersebut adalah Gum Arabic atau getah Arab ini. Tafsiran ini bukanlah satu-satunya pengertian yang dikemukakan, tetapi apabila melihat kepada manfaat dan kebaikannya, tafsiran ini dirasakan mungkin menepati pengertian bahawa As-Samghu atau Gum Arabic @ ACACIA GUM ini adalah salah satu daripada al-Manna diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW, Baginda bersabda "Kam'ah itu sebahagian daripada al-Manna dan airnya ubat bagi mata. Ajwa(kurma) dari syurga dan ia penawar bagi racun" (Hadis Sahih riwayat Ibnu Majah. Daripada hadis tersebut dapat difahami bahawa al-Manna yang diturunkan kepada kaum Nabi Musa AS bukan satu sahaja, tetapi adalah beberapa jenis makanan. Kita di Malaysia kenali As-Samghu sebagai getah Arab atau gam Arab, dalam bahasa Inggeris ialah dikenali sebagai Gum Arabic dan kadang kala ia juga dikenali sebagai Acacia Gum, Hashab Gum Arabic, Kordofan Gum Arabic dan lain-lain.
Sebenarnya, tanpa kita sedari, apabila kita minum coca cola kita telah minum gum arabic, tetapi jumlahnya amat sedikit dan dicampur dengan kandungan gula yang terlalu tinggi sehingga ia tidak bermanfaat untuk kesihatan. Begitu juga gum arabic yang dicampur dengan pelbagai makanan dan minuman lain, seperti kopi dan lain-lain, ia juga mempunyai manfaat sebagai prebiotik dan lain-lain manfaat, tetapi untuk kegunaan secara khusus untuk manfaat kesihatan yang bermasalah, minum bancuhan gum arabic 100% adalah lebih baik.
Gum Arabic @ ACACIA GUM atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesakit buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya, ia juga dapat menjaga buah pinggang daripada rosak atau semakin rosak akibat penyakit kencing manis atau darah tinggi dan bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama. Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang sepenuhnya. Ada pesakit yang terkena stroke memberitahu saya bahawa dia telah pulih dengan izin Allah Ta'ala dengan mengamalkan minum Gum Arabic@ ACACIA GUM. Ia juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.
Gum Arabic @ ACACIA GUM amat berkesan untuk buasir; minum 2 kali sehari dan sapu pada tempat yang bengkak. Ia juga merupakan antioksidan (antioxidant) dan anti radang (anti-inflammatory) yang amat baik, mengawal gout (lebih berkesan jika diminum dengan bancuhan air rebusan daun pandan atau roselle), sembelit, dan mengatasi masalah asid urik berlebihan dan lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izi Allah Ta'ala. Menurut Wikipedia, secara traditional, gum arabic juga digunakan untuk merawat tibi atau batuk kering. Anda boleh search testimoni pengguna-pengguna yang telah berjaya memperbaiki masalah kesihatan mereka dengan izin Allah Ta'ala melalui penggunaan gum arabic. Yakinlah, yang mampu menyembuhkan penyakit hanya Allah Ta'ala, bersaha untuk berubat adalah merupakan tuntutan Islam dan mendapat pahala di sisiNya.
Peringatan:
1. Patuh nasihat doktor anda. Jangan berhenti makan ubat-ubatan yang diarahkan oleh doktor kecuali atas nasihat doktor.
2. Bagi pesakit buah pinggang dinasihatkan agar jangan minum susu, atau makan makanan atau minuman daripada produk tenusu, hadkan pengambilan makanan berprotien, kecuali dalam kadar yang disyorkan oleh doktor, jika anda terus minum susu, makan produk tenusu dan tidak mengawal pengambilan protien, anda hampir pasti akan gagal megatasi masalah buah pinggang anda, anda seolah-olah menyekat aliran sungai dengan tapak tangan. Sila baca laman web ini untuk mwndapatkan maklumat asas pemakanan yang sesuai dengan tahap kesihatan anda;
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/diet-a-penyakit/penjagaan-pemakanan-pesakit-ginjal-kronik
3. Jika anda makan antibiotik amoxcillin, makan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum atau selepas makan gum arabic (gum arabic menghalang penyerapan amoxcillin menyebabkan ia tidak berkesan sebagai antibiotik).
4. Pesakit yang perlukan dialisis teruskan dialisis, dialisis diteruskan semasa makan al-Manna ini, jangan berhenti dialisis kecuali atas nasihat doktor.
5. Bagi pesakit kronik, seperti sakit jantung, dinasihatkan dapatkan nasihat doktor.
*P/S: Berhati-hati dengan Gum Arabic yang tidak asli yang dijual dipasaran. Saya telah mencarinya dan membelinya setelah ada pengguna yang mendakwa ada Gum Arabic yang dicampur dengan bahan-bahan lain. Hargannya lebih murah daripada Gum Arabic asli, dan saya dapati ia mengandungi sedikit Gum Arabic gred rendah yang dicampur dengan bahan-bahan lain, dan ia didakwa dikeluarkan di Sudan dan mengandungi "Gum Arabic 100% Natural". Ia ada dijual oleh pemborong barangan timur tengah dari Iran di Shah Alam, ramai orang menyangka ia kedai orang Arab, sebenarnya ia kedai orang Iran. Saya juga dapati ramai peruncit-peruncit Melayu yang membelinya dan menjualnya mengikut harga masing-masing dari berbagai negeri di Malaysia. Kita mesti ingat doktrin syiah: haram menipu sesama syiah tetapi boleh menipu orang Sunni,mereka hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kesihatan pengguna sunni seperti kita.
No comments:
Post a Comment