Muḥammad ibn Mūsā al-Ḵwārizmī
Kekalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah,
Afrika Utara, Iberia, dan sesetengah bahagian India
(di Pakistan)
pada abad ke-8mengekalkan
dan menterjemahkan banyak teks matematik keyunanian (daripada bahasa Greek
kepada bahasa Arab)
yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa
itu. Penterjemahan berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan
kesan yang utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya
Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa Arab
pada kira-kira tahun 766.
Karya-karya India dan keyunanian menyediakan asas untuk penyumbangan Islam yang
penting dalam bidang matematik yang menyusul. Serupa dengan ahli-ahli matematik
India pada waktu itu, ahli-ahli Islam minat akan astronomi
khususnya.
Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam
bahasa Arab, bukan semuanya ditulis oleh orang Arab kerana, serupa dengan
status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab dipergunakan sebagai bahasa
tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu
itu. Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi.
Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi,
ahli astronomi Parsi
abad ke-9
dari Kekalifahan Baghdad, menulis banyak buku yang
penting mengenai angka Hindu-Arab dan kaedah untuk menyelesaikan persamaan. Perkataan
algoritma
berasal daripada namanya, manakala perkataan algebra
berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah,
salah satu karyanya. Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan
algoritma moden.
Perkembangan algebra
yang lebih lanjut telah dibuat oleh Abu Bakr al-Karaji (953—1029)
dalam karyanya, al-Fakhri, yang memperluas kaedah algebra untuk merangkumi
kuasa kamiran serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak diketahui. Pada abad ke-10,
Abul Wafa menterjemahkan karya-karyaDiophantus dalam bahasa Arab dan mengembangkan
fungsi tangen.
Omar Khayyam, pemuisi serta ahli matematik abad ke-12,
menulis Perbincangan mengenai Kesukaran dalam Euclid, sebuah buku mengenai
kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid. Beliau memberi penyelesaian
geometri untuk persamaan kuasa tiga yang merupakan
salah satu perkembangan yang paling asli dalam matematik Islam. Khayyam amat terpengaruh
dalam pembaharuan takwim. Sebahagian
besar trigonometri sfera dikembangkan
oleh Nasir al-Din Tusi(Nasireddin),
salah seorang ahli matematik Parsi pada abad ke-13.
Beliau juga menulis sebuah karya yang terpengaruh mengenai postulat selari Euclid.
Dalam abad ke-15,
Ghiyath al-Kashi mengira nilai
π sehingga tempat perpuluhan
ke-16. Kashi juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa ke-n yang
merupakan kes yang khas untuk kaedah-kaedah yang diberikan berabad-abad kemudian
oleh Ruffini dan Horner. Ahli-ahli matematik Islam lain yang terkenal termasuk al-Samawal, Abu'l-Hasan al-Uqlidisi, Jamshid al-Kashi,Thabit ibn Qurra, Abu Kamil dan Abu Sahl al-Kuhi.
Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15, perkembangan matematik Islam menjadi
lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan perkembangan matematik ketika orang
Rom menaklukkan dunia keyunanian
Salam...
ReplyDeleteTahniah Cikgu satu maklumat penting yang patut semua umat Islam hayati...