Tuesday 23 April 2013


KPM Fokus Pelaksanaan Empat Inisiatif PPPM Dalam Tempoh 100 Hari Pertama 2013
PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan memberi tumpuan utama terhadap empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program 'School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus' di Kedah dan Sabah dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band lima, enam dan tujuh.
"Kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru. Misalnya melalui SISC plus guru berpeluang mendapat latihan in situ secara langsung mengikut keperluan mereka," katanya semasa menyampaikan perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan kemudian guru akan dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka.
"Bagi guru-guru yang tidak mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini kementerian akan bersedia untuk melatih 5,000 guru BI," katanya. Sambil menyifatkan awal tahun 2013 sebagai satu tempoh yang kritikal, Muhyiddin berkata inisiatif Sarana Ibu Bapa ke 10,000 sekolah untuk meningkatkan kesedaran, sokongan dan kerjasama dalam kalangan ibu bapa juga akan dilaksanakan.
Inisiatif kempat pula ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah dan akan mula diperkenalkan pada bulan ini menerusi program pembangunan profesionalisme baharu dengan mewujudkan perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik.
"Menerusi video e-Guru, setiap guru akan mendapatkan gambaran bersifat amali tentang amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru cemerlang di bilik darjah dan berharap akan dimanfaatkan bagi menjayakan dasar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik," katanya.
Muhyiddin berkata di samping empat inisiatif itu, kementerian tidak akan mengenepikan inisiatif PPPM lain yang sepatutnya dicapai dalam gelombang pertama 2013 termasuk usaha meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam kalangan murid.
Sehubungan itu, kementerian akan melaksanakan latihan HOTS kepada 31,000 guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dan menerusinya diharapkan 20 peratus soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah soalan pemikiran aras tinggi. Muhyiddin berkata program i-Think pula akan lebih fokus dalam pembelajaran, kemahiran penaakulan meningkat dan berupaya menjawab soalan aras tinggi dan untuk tujuan itu, 2,500 guru dan 500 buah sekolah akan diberi latihan.
Peningkatan pencapaian murid dalam kepimpinan sekolah dan kualiti guru juga akan diberi tumpuan menerusi Linus 2.0 merangkumi literasi BI, piagam dan pakej guru serta pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Profesional Berterusan baharu.
Katanya kementerian juga akan terus berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui peningkatan infrastruktur sekolah dengan memberi tumpuan kepada murid berkeperluan khas. -BERNAMA

Isnin November 26, 2012
Minat Terhadap Subjek Sains & Matematik Ditahap 28 % - Fadillah
KUALA LUMPUR: Penyelidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menunjukkan minat dalam Sains dan Matematik di sekolah dan universiti ialah di tahap 28 peratus, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.
"Kementerian mahu peratusan minat dalam Sains dan Matematik meningkat kepada60 peratus supaya kumpulan bakat dalam Sains, Teknologi dan Inovasi(STI) dapat diperbesarkan," katanya kepada Bernama pada majlis penyampaian hadiah Yayasan Sains Toray Malaysia (MTSF) di sini.
Fadillah menyampaikan anugerah dan geran kepada 34 saintis dan penyelidik, sebagai mewakili Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada majlis itu.
Jumlah pemohon bagi anugerah dan geran itu adalah terbanyak bagi tahun ini, iaitu 318 bagi geran, 140 bagi Anugerah Pendidikan Sains dan 20 bagi Anugerah Sains dan Teknologi.
Fadillah berkata peningkatan jumlah pemohon yang menghantar penyelidikan dan inovasi mereka merupakan satu petanda baik. "Dengan kewujudan MTSF, ia akan menyediakan peluang kepada penyelidik untuk diberikan anugerah. Dengan anugerah ini, penyelidik akan diiktiraf bagi hasil kerja mereka dan akan memudahkan mereka mendapat pembiayaan, yang merupakan satu insentif.
Beliau berkata kementerian sedang mencari jenis sokongan dan insentif seperti yang diberikan MTSF untuk memacu Malaysia menjadi sebuah negara STI yang maju.
"Saya menggesa organisasi di Malaysia untuk fokus kepada penyelidikan dan pembangunan untuk STI, daripada segi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memacu inovasi dan kreativiti," katanya.-BERNAMA
Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Inkuiri Penemuan

Bidang Pembelajaran : POLIGON
Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar untuk :
i. Memahami konsep poligon
Hasil Pembelajaran : Murid akan :
i. Mengenal poligon
ii. Menamakan poligon
Masa : 2 waktu
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenal garis lurus, sisi dan bucu bagi bentuk segitiga dan segiempat
FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
  1. PERSEDIAAN
  • Memerhati
  • Menciri
  • Mengelas
  • Menyoal


  1. Murid membentuk kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan beberapa bentuk(Rujuk Lampiran 1)
  2. Murid memerhatikan bentuk yang diberi dan mengelaskan bentuk kepada dua kumpulan.


Bolehkah kamu asingkan bentuk-bentuk itu kepada dua kumpulan?’.


Apakah ciri-ciri yang kamu guna dalam proses pengelasan?’.

2. IMAGINASI
  • Meneroka
  • Merancang
  • Meramal
  • Membuat hipotesis
    1. Murid menyenaraikan bentuk-bentuk dua dimensi yang tertutup dan bergaris lurus.

Bagaimana kamu memastikan suatu bentuk itu tertutup?’.

Adakah semua bentuk tertutup dan bergaris lurus?’.

3. PERKEMBANGAN
  • Menguji hipotesis




  1. Murid mengasingkan bentuk-bentuk kepada dua kumpulan, iaitu
  1. A : bergaris lurus dan tertutup
  2. B: tidak bergaris lurus atau tidak tertutup

  1. Murid melukis bentuk mengikut kumpulan di papan putih.
  2. Murid menamakan bentuk dalam Kumpulan A berdasarkan bilangan sisi.

Apakah yang kamu dapat perhatikan pada bentuk-bentuk dalam Kumpulan A?’
Apakah yang dapat kamu nyatakan daripada hasil dapatan kerja kamu tadi?’.


Apakah persamaan yang kamu boleh lihat pada bentuk- bentuk dalam Kumpulan A?’
Apakah nama bagi Kumpulan A?’

4. TINDAKAN
  • Membuat kesimpulan
  • Dokumentasi

1. Murid melengkapkan Lembaran Kerja.
2. Murid membuat kesimpulan daripada hasil kerja mereka.

Apakah yang kamu boleh rumuskan mengenai hasil kerja kamu?’
Apakah pengetahuan baru yang kamu peroleh?’

PENTAKSIRAN
Murid menyatakan konsep poligon dan membantu rakan-rakan.

NILAI DAN SIKAP
Mendengar arahan dengan teliti, jujur, saling membantu dan menghargai pandangan orang lain.


Pengiraan Melibatkan Nombor Berarah (Integer, Pecahan dan Perpuluhan)



Kaedah-kaedah untuk mengira nombor berarah (directed number) melibatkan gabungan operasi +, -, x, ÷ dan tanda kurungan (brackets) adalah sama seperti kaedah-kaedah yang digunakan bagi integer.

Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:
  1. Selesaikan operasi dalam kurungan (brackets) terlebih dahulu.
  2. Kemudian, darab dan bahagi dari kiri ke kanan.
  3. Akhir sekali, tambah dan tolak dari kiri ke kanan.

Contoh 1:
Kirakan nilai-nilai berikut.
  • -1/2 + (-0.37) - (-5)
    Jwb:
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = -0.5 - 0.37 + 5
    = -0.87 + 5
    = 4.13
  • 10 - (-13/4) x (-0.5)
    Jwb:
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = 10 - (-3.25) x (-0.5)
    = 10 - [(-3.25) x (-0.5)]
    Lakukan operasi darab terlebih dahulu.
    = 10 - (3.25 x 0.5)
    = 10 - 1.625
    = 8.375
  • 0.6 + (-5/3) ÷ (4/15) - 2
    Jwb:
    = 0.6 + [5/31 x 155/4] - 2
    = 0.6 + [-25/4] - 2
    Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.
    = 0.6 + [-6.25] - 2
    = 0.6 - 6.25 - 2
    = -7.65

Jumlah Pelawat

Total Pageviews