Wednesday 10 April 2013

Matematik -- Sumbangan Ilmuan Islam


Menurut sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7 hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang Matematik seperti sistem perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan dengan soal-soal tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.
Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep `kosong’ dalam dunia matematik. Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri; sin, kos dan tangen pada kurun ke-10.Di bawah adalah tokoh-tokoh matematik Islam yang tersohor.

 

Al-Khawarizmi (780 - 850)


Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

 

Al-Kharkhi


Al-Kharkhi atau nama penuhnya, Abu Bakr ibn Hussein dilahirkan di Kharkh, sebuah kawasan di Baghdad, Iraq.Kepakaran dan sumbangan beliau meliputi aritmetik, algebra dan geometri.Hasil tulisannya, Al-Kafi fi Al-Hisab (Kepentingan Aritmetik) adalah mengenai peraturan-peraturan pengiraan.

 

Al-Khindi (801-873)


Nama penuhnya ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Antara sumbangan besar Al-Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.

 

Al-Battani (850-929)


Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

 

Al-Biruni (973-1050)


Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden.Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik.Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri.Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.

Monday 8 April 2013

MARI MENGENALI SEJARAH MATEMATIK ISLAM


Muḥammad ibn Mūsā al-Ḵwārizmī

Kekalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara, Iberia, dan sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8mengekalkan dan menterjemahkan banyak teks matematik keyunanian (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab) yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan berbagai-bagai teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang utama kepada matematik Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766. Karya-karya India dan keyunanian menyediakan asas untuk penyumbangan Islam yang penting dalam bidang matematik yang menyusul. Serupa dengan ahli-ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli Islam minat akan astronomi khususnya.

Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan semuanya ditulis oleh orang Arab kerana, serupa dengan status bahasa Greek di dunia keyunanian, bahasa Arab dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik yang terpenting adalah orang Parsi.
Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi, ahli astronomi Parsi abad ke-9 dari Kekalifahan Baghdad, menulis banyak buku yang penting mengenai angka Hindu-Arab dan kaedah untuk menyelesaikan persamaan. Perkataan algoritma berasal daripada namanya, manakala perkataan algebra berasal daripada judul Al-Jabr wa-al-Muqabilah, salah satu karyanya. Al-Khwarizmi sering dianggap sebagai bapa algebra moden dan algoritma moden.

Perkembangan algebra yang lebih lanjut telah dibuat oleh Abu Bakr al-Karaji (953—1029) dalam karyanya, al-Fakhri, yang memperluas kaedah algebra untuk merangkumi kuasa kamiran serta punca kuasa bagi kuantiti yang tidak diketahui. Pada abad ke-10, Abul Wafa menterjemahkan karya-karyaDiophantus dalam bahasa Arab dan mengembangkan fungsi tangen.
Omar Khayyam, pemuisi serta ahli matematik abad ke-12, menulis Perbincangan mengenai Kesukaran dalam Euclid, sebuah buku mengenai kecacatan dalam karya Unsur-unsur Euclid. Beliau memberi penyelesaian geometri untuk persamaan kuasa tiga yang merupakan salah satu perkembangan yang paling asli dalam matematik Islam. Khayyam amat terpengaruh dalam pembaharuan takwim. Sebahagian besar trigonometri sfera dikembangkan oleh Nasir al-Din Tusi(Nasireddin), salah seorang ahli matematik Parsi pada abad ke-13. Beliau juga menulis sebuah karya yang terpengaruh mengenai postulat selari Euclid.
Dalam abad ke-15, Ghiyath al-Kashi mengira nilai π sehingga tempat perpuluhan ke-16. Kashi juga mencipta algoritma untuk mengira punca kuasa ke-n yang merupakan kes yang khas untuk kaedah-kaedah yang diberikan berabad-abad kemudian oleh Ruffini dan Horner. Ahli-ahli matematik Islam lain yang terkenal termasuk al-Samawal, Abu'l-Hasan al-Uqlidisi, Jamshid al-Kashi,Thabit ibn Qurra, Abu Kamil dan Abu Sahl al-Kuhi.

Pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah dalam abad ke 15, perkembangan matematik Islam menjadi lembap. Ini adalah selari dengan kelembapan perkembangan matematik ketika orang Rom menaklukkan dunia keyunanian

Muat Turun Evidens PBS Matematik Tingkatan 1

NOMBOR BULAT

http://www.mediafire.com/view/?8axa2xqtrc4585v
http://www.mediafire.com/view/?1tb6m9simd59421
http://www.mediafire.com/view/?a6kqvkcoy9yxtyu
http://www.mediafire.com/view/?bvjjqp9fqkodgev
http://www.mediafire.com/view/?rzu13uva4agf7ug
http://www.mediafire.com/view/?4bry91kll9bf23g

URUTAN DAN POLA NOMBOR

http://www.mediafire.com/view/?2667ijkw68q62ia

http://www.mediafire.com/view/?vhbu8uq4xjv82bc

http://www.mediafire.com/view/?47e4v5xge75l9ta

http://www.mediafire.com/view/?pjvwbd5c0mpfxyx

http://www.mediafire.com/view/?4y29uddca3ncc22

http://www.mediafire.com/view/?wa3chxwodw96zwa

http://www.mediafire.com/view/?v1j1r5ntuk4ebap

http://www.mediafire.com/view/?3j5zis2rkyasa8b

http://www.mediafire.com/view/?klg7sm8oy3zqwyx


PECAHAN

http://www.mediafire.com/view/?4mtybly91i706cr

http://www.mediafire.com/view/?7r3xhva7kmb1sby

http://www.mediafire.com/view/?ht71njo3zlh6ro2

http://www.mediafire.com/view/?ojf30ayjif9vbtl

http://www.mediafire.com/view/?71a9o9u0luc9ukz

http://www.mediafire.com/view/?42i8z854cidbr9r

Sunday 7 April 2013

Analisis PMR 2005-2011

Bahan Bantu Mengajar

Contoh Persedian Mengajar Menggunakan Model Konstruktivisme dan Contoh Lembaran Kerja

Cara Belajar Matematik

1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar adik.

Sila Beri Komen Anda

Blogger Buzz: Socialize and grow your blog with Google+

Salam Pengenalan

Salam Pengenalan

Nama Saya Mohd Said Bin Zakaria

Saya Mengajar di Sabk Maahad Al Tabiah Al Islamiah Batu 8, Jalan Trong, 3450 Changkat Jering bermula dari January 1999 sehingga sekarang.


Jumlah Pelawat

Total Pageviews